BaNNeR

Banner created with MyBannerMaker.com

Monday, November 12, 2012

TICHEL TuDunG WaNiTa YaHuDi "BeRiMaN"

Mari Ketahui Amalam Orang Ibrani. Banyak yang bertanya apakah aurat seorang wanita Yahudi? Apakah yang mereka pakai yang boleh di katakan sebagai menutup aurat?
Untuk bercakap tentang aurat and sesuatu yang tertentu tentang Yahudi, kita perlu tahu konsep "Tzniut". Tzniut ialah konsep yang diamalkan Yahudi beriman bagi menjaga kehormatan diri. Ia merangkumi cara pemakaian dan pergaulan antara jantina (Lelaki/Perempuan). Persoalan "aurat" seorang Yahudi jatuh didalam konsep Tzniut.

Seperti agam Islam, definisi apa yang boleh dan tidak boleh didalam agama Yahudi banyak perdebatannya dikalangan "Rabbi Yahudi" (Pemimpin Agama Yahudi/Pendeta Yahudi). Ada Rabbi yang keras dengan hukum Torah dan ada yang lembut. Tetapi apa yang pasti dalam agama Yahudi seorang wanita WAJIB menutup rambut selepas bernikah sebagai tanda setia dan menjaga kesucian dirinya kepada si suami.
Wanita Yahudi boleh menutup kepada dengan rambut palsu, scarf dan tichel. Wanita Yahudi dari mazhab Haredi melangkah setapak lagi dengan memakai topi diatas wig. scarf dan tichel mereka bagi memastikan yang mereka memenuhi kehendak Tzniut.

Contoh-contoh cara pemakaian TICHEL.
Wanita Yahudi yang beriman juga tidak boleh memakai skirt diatas paras lutut. Baju mereja juga tak boleh terlalu ketat dan sebaik-baiknya tidak bewarna-warni sehingga menarik perhatian lelaki. Ini adalah haram dimata Tzniut. Dari segi baju pula lengan baju haruslah menutup siku. Wanita Haredi sekali lagi melangkah setapak ke hadapan dengan memakai lengan sampai ke pergelangan tangan dan baju yang menutup tulang selangka.

Bagi golongan lelaki pula seluar pendek dibenarkan kecuali jika anda seorang Heredi yang beriman. Baju lengan pendek juga ditegah. Tidak seperti wanita menutup kepala bagi lelaki yang sudah atau belum berkahwin adalah tidak wajib. Tetapi mereka di galakkan memakai sejenis topi atau kopiah (selalu terlihat digunakan oleh paderi kristian).

Sumber : Tichel Tudung Wanita Yahudi
Nota Kaki - Dinasihatkan supaya kita tidak mudah mengikut fesyen pakaian tanpa mengkaji dan merujuk kepada agama islam. Seeloknya kita mengikut apa yang telah di jadikan garis panduan dalam islam tentang bagaimana caranya menutup aurat.

7 MaKaNaN YanG MemBaKaR LeMaK

Masalah berat badan merupakan masalah yang membuatkan kita menjadi stress untuk mengurangkannnya. Terdapat pelbagai cara yang boleh membantu kita untuk membakar lemak dalam badan selain senaman dan diet. Kita juga boleh membakar lemak walaupun ketika kita makan.

Antara 7 makanan yang membantu untuk pembakaran lemak ialah:
Bawang putih/merah - Bawang mengandungi anti bakteria dan mineral seperti sulfur yang membantu untuk membakar lemak. Selain daripada itu, makanan ini juga berfungsi untuk melancarkan lagi sistem penghadaman dan juga meningkatkan metabolisme tubuh seseorang.
Tomato - Makanan ini mengandungi vitamin A, B6, C dan K yang sangat baik untuk membakar lemak. Selain daripada itu, kandungan kalori yang rendah juga menyebabkan tomata sering menjadi makanan pilihan untuk pengamal diet.
Putih telur - Putih telur adalah merupakan makanan yang menjadi sumber protein paling baik. Protein yang ada di dalam putih telur membantu untuk proses membakar lemak. Tetapi cuba elakkan atau kurangkan daripada memakan kuning telur kerana ia mengandungi kandungan kolesterol yang agak tinggi.
Lada - Mungkin makanan ini akan menghangatkan lagi kehidupan anda. Tetapi kandungan vitamin A, C, serat, kalsium dan fosforus dapat membantu untuk meningkatkan lagi metabolime badan dan secara tidak langsung ia akan turut membakar lemak.
Anggur - Salah satu makanan yang membantu untuk membakar lemak anda adalah anggur. Anggur bukan sahaja sumber vitamin C, tetapi ia turut membawa khasiat yang dipanggil pektin. Pektin dapat membantu untuk menurunkan tahap kolesterol seseorang.
Lobak merah - Makanan ini mengandungi karotina yang merupakan sejenis vitamin A untuk membantu melancarkan sistem penghadaman dan membakar sisa lemak.
Timun - Timun bukan sahaja boleh dijadikan sebagai makanan untuk membakar lemak, tetapi khasiat didalamnya juga turut memberi kebaikan kepada buah pinggang kerana ia dapat membantu untuk membersihkan asid urik.
Semoga niat untuk menurunkan berat badan berhasil dengan pemakanan yang mengandungi makanan makanan ini.

PeTua MengHiLangKaN KeSaN PaNaU

Mungkin ada sebahagian daripada kita mempunyai masalah panau di badan yang tidak hilang-hilang sejak dari dahulu lagi. Walau panau ini tidak menyakitkan, tetapi ia sedikit mencacatkan rupa di bahagian badan kita. Panau atau tinea  atau pityriasis disebabkan sejenis kulat daripada jenis  malasse. Ia biasanya menimbulkan rasa gatal apabila pengidap penyakit ini berpeluh. Ia boleh dikesan dengan timbulnya tompok-tompok berwarna putih, coklat atau merah pada kulit. Jom ketahui apakah petua untuk menghilangkan kesan panau ini.


- Ambil halia sebesar ibu jari dan tumbuk hingga lumat. Tepekkan halia yang telah ditumbuk pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan selama 15-20 minit. Amalkan selalu.
- Tenyehkan pucuk lada pada bahagian kulit yang bepanau. Amalkan selalu.
- Tumbuk 2 ulas bawang putih bersama sedikit halia. Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.
- Tumbuk beberapa ketul lengkuas dan ambil air perahannya. Sapu air lengkuas pada bahagian kulit yang berpanau. Sementara itu jangan makan makanan yang mengandungi lenkuas. Amalkan selalu.
- Tumbuk beberapa helai daun lengkuas dan ambil air perahannya. Sapukan air perahan tersebut pada bahagian kulit yang berpanau. Sementara itu jangan makan makanan yang mengandungi lenkuas. Amalkan selalu.
- Tumbuk daun pinang hingga lumat dan sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Amalkan selalu.
- Ambil air perahan buah pinang dan sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Amalkan selalu.
- Tumbuk beberapa helai daun belimbing hingga lumat. Campurkan dengan sedikit asam jawa dan sedikit beras. Tempekkan pada bahagian yang berpanau. Amalkan setiap hari.
- Campurkan secekak daun kesum dengan minyak tanah. Gosokkan pada bahagian kulit yang berpanau. Aalkan setiap hari.
- Tumbuk beberapa helai daun gelenggang hingga lumat. Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau dan biarkan selama 15-20 minit. Bilas hingga bersih. Amalkan selalu.
Nota Kaki - Jadi kita perlu mengelakkan dari melakukan perkara seperti membasuh muka atau badan ketika dalam keadaan berpeluh, atau berkongsi tuala, mandi tidak menggunakan sabun dan sering mengabaikan penjagaan diri. Ingat tu.

KeSaN SamPinGaN PeMaKaiaN TuaLa WaNiTa

Pada hari ini kita akan membincangkan tentang berkaitan dengan kaum wanita. Perkara yang tidak boleh lari dari wanita itu berkenaan dengan pemakaian tuala wanita. Seperti yang kita tahu tuala wanita bersifat sebagai bahan penyerap oleh wanita apabila didatangi haid, darah nifas, selepas keguguran atau menjalani pembedahan anggota peranakan dan mengelakkan darah mengalir keluar lebih banyak daripada faraj. Dalam tempoh terkini, kebanyakan tuala wanita yang biasa diguna pakai adalah tuala pakai-buang dan diperbuat daripada kapas serta rayon. Bahan yang ada di tengah-tengah tuala jenis ini mempunyai daya serapan yang kuat dan akan bertindak menjadi gel apabila ia menyerap cecair.

Gambar hiasan - Contoh tuala wanita yang berada di pasaran.
Namun, di sebalik kecanggihan teknologi daya serapan tuala pakai-buang, ramai tidak menyedari bahan berwarna putih jernih ini terlebih dulu diproses menggunakan campuran kimia seperti bahan pemutih (bleaching agent), nyahkuman menggunakan bahan disinfektan dan ada antaranya di tambah pewangi bertujuan menutupi bau tidak dikehendaki.

Semasa pembuatan rayon daripada pulpa kayu pula, ada juga bahan kimia dioxin dilepaskan menyebabkan ada sesetengah wanita terpaksa menghadapi masalah alahan dan keradangan pada bahagian vulva serta faraj.
Berikut disenaraikan beberapa kesan sampingan yang mungkin terjadi akibat pemakaian tuala wanita;
1. Alahan kepada bahan kimia yang ada pada tuala wanita boleh terjadi, tanpa mengira tempoh pemakaian sama ada jangka masa pendek atau lama. Ia digelar `irritant contact dermatitis’ atau keradangan pada kulit. Simptom utama adalah gatal, rasa panas terbakar dan bengkak pada alat kelamin. Tanda seperti ruam yang kadangkala berair, kulit merah dan melecet dan lelehan faraj berlebihan juga kesan alahan.
2. Radang pada alat kelamin iaitu sekitar vulva akibat sensitiviti terhadap bahan terkandung pada tuala wanita dipanggil `vulvitis’.
Tandanya adalah rasa tidak selesa, panas pada kulit luar dan mungkin kegatalan.
Radang boleh terjadi jika pemakai memakai tuala wanita dalam jangka masa lama.
3. Melecet pada kulit luar alat kelamin akibat geseran antara tuala dan kulit semasa berjalan atau bergerak.
Situasi ini mudah berlaku sekiranya anda tergolong dalam kategori kulit kering. Tanda yang timbul ialah rasa sakit atau tidak selesa dan pedih apabila terkena air.
4. Jangkitan kuman di vulva dan vagina adalah komplikasi teruk daripada masalah di atas.
Memakai tuala wanita terlalu lama menyebabkan bakteria membiak dengan cepat dan banyak di atas tuala wanita seterusnya mengakibatkan jangkitan pada vulva dan vagina. Sekiranya berpanjangan, jangkitan kulat mungkin terjadi. Tanda jangkitan kuman adalah sakit, bengkak, kulit melecet, berair atau bernanah dan lelehan faraj berlebihan.
Nota Kaki - Jika kita sebagai seorang perempuan terutamanya remaja digalakkan menitikberatkan kesihatan dan kebersihan sistem repoduktif masing-masing. Perbuatan menukar tuala wanita secara kerap terutama jika dipenuhi darah haid amat penting supaya kesejahteraan reproduktif terjamin. Ingat! Tukar tuala wanita sekurang-kurangnya setiap tiga hingga empat jam sekali.

kHaSiaT TauGeH UnTuK KeSiHaTaN DiRi

Taugeh merupakan antara sebahagian dari sayuran yang terdapat dalam bahan masakan seperti dalam masakan mee goreng, kuew tiaw goreng, sayuran campur dan lain-lain lagi. Namun Tidak semua orang menggemari   taugeh. Tetapi bagi yang menggemarinya, tentu anda gembira apabila mengetahui taugeh mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan termasuk untuk awet muda. Berikut merupakan khasiat taugeh:


1. Cegah Kanser - Taugeh yang terdiri daripada jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine) iaitu sejenis asid amino yang mampu melumpuhkan punca kanser leukimia, usus besar dan pankreas.
2. Baik Untuk Wanita - Taugeh juga mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan taugeh oleh wanita secara kerap dapat membantu mengelakkan dari kanser payudara, gangguan menjelang haid, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.
3. Lebih Subur - Taugeh juga mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan taugeh oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan lebih baik, begitu juga bagi kaum wanita yang dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan.
4. Kurangkan Lemak - Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung disebabkan oleh kadar lemak darah yang tinggi digalakkan mengambil lebih banyak menu taugeh dalam hidangan seharian. Saponi di dalam taugeh akan menghalau ‘lemak jahat’ LDL tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL kerana ketika kacang dicambahkan untuk dijadikan taugeh secara umum, kadar saponinya meningkat sehingga 450%.
5. Buang Kotoran - Taugeh yang mengandungi banyak serat dan air yang berfungsi untuk membuang segala kotoran dalam usus besar. Apabila kotoran dihapuskan, tiada lagi zat dalam kotoran yang dapat diserap tubuh, ia mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang sel kanser.
6. Lebih Muda - Taugeh juga  padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Secara kesimpulannya taugeh merupakan sayuran yang boleh membuat kita lebih muda.
Nota Kaki - Wah selepas ini kita perlu memperbanyakkan lagi untuk memakan sayur taugeh dan sememangnya ia bukanlah di antara sayur yang mempunyai rasa yang pahit. Jadi tidak ada alasan terutama untuk kanak-kanak yang tidak mengegmari makanan seperti sayur. Perbanyakkan sayur dalam masakan seperti makanan yang disebutkan seperti di atas tadi.  Walaubagaimanapun perlu memastikan sayur taugeh berkenaan dalam keadaan segar.