BaNNeR

Banner created with MyBannerMaker.com

Saturday, September 29, 2012

TiPs SoLeKaN MaNiS BerTuDunG



Elakkan solekan terlalu galak atau bersifat eksperimental. 

Perlu bersolek yang tidak keterlaluan, jangan tak bersolek langsung nanti tudung lebih menyerlah dari muka biarlah harmoni.

Untuk wajah bulat dan lebar, gunakan teknik shading tetapi jangan terlalu gelap hingga menghilangkan keayuan wajah.

Apabila shading di bahagian rahang, pastikan ia dipanjangkan sedikit kerana apabila memakai tudung ia akan menutupi sebahagian besar tepi wajah.

Jika belum pandai guna shading tools, just gunakan bedak asas shj, senang diperbaiki jika ada kesilapan.

Bersolek sebelum pakai tudung

Untuk Touch Up, sebaiknya leraikan tudung dahulu, tinggalkan anak tudung sahaja bagi mengelak makeup terkena tudung dan juga memastikan kamu boleh melihat keseluruhan wajah.

 

WaJaH



Toner/penyegar merupakan bahan terpenting dalam satu 'skin regime'.

Toner/penyegar berfungsi untuk menutup liang roma anda. Sebelum skrub muka, harus menutup liang roma dahulu, untuk mendapatkan pengelupasan sel kulit mati yang optima.

Sebelum bersolek juga harus tutup liang roma dahulu untuk mengelakkan make up termasuk ke dalam liang roma dan menyebabkan ianya kekal di situ hingga bulan depan. Eh maksud saya, untuk mengelakkan liang roma tersumbat dan menambahkan jeragat.


SEBELUM PAKAI PELEMBAP JUGA HARUS PAKAI TONER KERANA PELEMBAP HANYA PATUT BERADA DI PERMUKAAN KULIT, TIDAK PATUT DISERAP OLEH KULIT.


Secara kronologinya begini:

1. Cuci muka dengan pencuci muka dan bilas.

2. Pakai toner/penyegar.

3. Skrub muka menggunakan facial skrub yang ada jojoba beads.

4. Cuci muka dengan air.

5. Pakai toner lagi.

6. Pakai mosturizer/pelembap.

7. Mula solekan!

Hanya dengan regime di atas barulah solekan anda stay di muka dengan jangka masa yang lebih panjang :)

Kening harus sentiasa dijaga rapi untuk menonjolkan mata, bentuk muka dan hidung anda.

Skrub muka 3 kali seminggu. Skrub yang wajar dipromosikan di sini ialah Syahirah: Gel Pengelupasan.

Tidur awal. Ini bukan sahaja merehatkan kulit, tetapi telah menambah ketinggian kepada saya dan ramai rakan tinggi saya. (Kecuali anda dah cecah umur tumbesaran sudah berhenti).

Lindungi wajah dari matahari. Paling penting, sebab jikalau kulit diabaikan dan terdedah kepada pancaran matahari, memang muka cepat kering seterusnya berkedut dan berbintik hitam. Cara lindungi: Pakai bedak asas ikut ton warna kulit anda. Sunscreen tipu jangan pakai.


TiPs BerSoLeK



INFO 1

1    1. Warna Alas Bedak (Foundation) harus sama dengan warna kulit supaya tidak kelihatan seperti ada ΄garis batas΄ pada kulit atau membuatkan anda kelihatan seperti memakai masker atau topeng.

2.
Warna Penyamar Noda (Concealer) sebaik-baiknya 2 tingkat lebih muda dari warna alas bedak.

3.
Melakar Kening sebaik-baiknya dengan pensil warna coklat supaya tampak semula jadi.

4.
Warna Pembayang Pipi pula perlu disesuaikan dengan bentuk wajah, sapukan nipis supaya tampak lebih alami.

5.
Warna Gincu Bibir pula sesuikan dengan bentuk bibir. Bibir yang ΄penuh΄ sebaiknya warna-warna muda sahaja kerana warna tua hanya akan membuatkan bibir anda kelihatan semakin besar dan menonjol.

INFO 2
 
Tips khusus supaya gincu dapat melekap lebih lama.

1. Gariskan bibir anda terlebih dahulu dengan ΄lip pensil΄ yang warnanya lebih tua dari warna gincu yang dipakai. Tujuannya supaya sapuan dapat dilihat lebih rapi dan tidak melebihi sempadan.


2. Guna Bedak Two-Way (yg mengandungi pelembap) dan sapukan pada bibir dengan span pelembap. Jgn takut untuk melapasi garis bibir yang sudah dibuat sebelumnya agar lebih samar.


3. Seterusnya sapukan gincu menggunakan berus ke seluruh bibir. Penggunaan berus lebih digalakkan supaya warnanya lebih menyerlah dan sapuan lebih rapi.


4. Sekali lagi, berikan sentuhan bedak dengan span lembap secara menekan.


5. Dan yg terakhir, sapukan sekali lagi gincu.Untuk tampil lebih anggun, jangan lupa sapukan ΄lip gloss΄.


INFO 3
 
Teliti info berikut:

1. Loose Powder (bedak tabur) biasanya digunakan pada sapuan terakhir kerana teksturnya yang ringan dan mudha disapu, sesuai untuk kulit berminyak.


2. Pressed Powder (bedak padat) isinya yang padat hanya sesuai untuk sentuhan berulang (touch up) bagi wajah normal atau berminyak.


3. Shimmer Powder (bedak berkilau)digunakan untuk ΄highlight΄ wajah dan memberikan kesan berkilat pada wajah.


4. Two Way Cake (bedak dwiguna) ini adalah penggabungan bedak padat dan bedak asas, sesuai untuk penampilan lebih anggun.


5. Cream Powder (bedak krim) sangat baik untuk kaedah ΄shading΄ seperti ditulang hidung dan tulang rahang. Pilihlah warna sedikit gelap dari warna kulit.


6. Bronzing Powder memberikan gaya sedikit gelap atau ΄bronze΄ supaya tampil seksi dan eksklusif.

 

TiPs PenJaGaaN RamBuT BaGi WaNiTa BerTuDunG



1)Tidak Perlu Mencuci

Kalau anda kebiasaan mencuci rambut setiap hari, ubahlah kebiasaan ini. Sebagai wanita bertudung , tidak sesuai anda mencuci rambut setiap hari. Keadaan ini akan menjadi lebih teruk jika anda jika anda suka mencuci rambut pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja. Tidak kira bagaimanapun kadar kepanjangan rambut anda, ia tetap memerlukan masa yang lama untuk betul-betul kering sebelum mengenakan tudung. Walaupun anda menggunakan pengering rambut, rambut tetap tidak akan kering dengan sempurna secara menyeluruh.

2) Pilih Kain Tudung Berfabrik Lembut 

Kalau anda berkerja dari jam 9 hingga 5, bayangkan berapa lama anda harus menutup rambut anda dengan tudung. Oleh itu, jangan lupa memilih fabrik lembut untuk pemilihan tudung anda. Kini, fabrik bawal adalah pilihan paling popular. Elakkan memilih fabrik kapas. Kain tudung yang memerangkap haba tidak baik untuk keadaan kulit kepala dan rambut anda.

3) Sentiasa Merawat Rambut

Sebulan sekali, periksa jika ada sel rambut mati atau hujung rambut yang terbelah. Jika anda membiarkannya, rambut akan menjadi lebih mudah gugur kerana tidak dirawat. Tidak hairanlah ramai wanita merungut rambut mereka yang lebat satu ketika dulu makin menipis hari demi hari. Ini semua kerana tindakan mereka yang tidak mahu menjaga kualiti rambut.

4) Atasi Masalah Rambut Jika Ada

Apapun masalah anda, jangan pandang remeh dan berharap ia akan hilang dengan sendirinya. Kalau anda tidak punyai kos yang cukup untuk mendapatkan rawatan di salun terkemuka, anda boleh mendapatkan nasihat dari pakar farmasi untuk syampu yang sesuai dengan anda, Perlu diingat, masalah pada rambut kadangkala bukan disebabkan oleh cara anda menjaga dan mengendalikanya sahaja, Bahkan ia mungkin disebabkan oleh penyakit lain. Masalah ini tidak akan selesai dengan sendirinya jika anda tidak mencari penyelesaianya.

5) Berehat Dahulu Sebelum Membersihkan Diri 

Sebaik sahaja sampai di rumah selepas bekerja mahupun dari beriadah, teruslah membuka tudung dan biarkan kulit kepala bernafas terlebih dahulu. berehatlah seketika dalam masa setengah jam sehingga peluh di tubuh dan kulit kepala anda benar-benar kering. Sebaiknya bukalah ikatan rambut anda dan biarkan angin meresap ke seluruh kulit kepala. Jangan pula membiarkan rambut terus bertudung atau jangan pula terus mandi sebaik sahaja sampai di rumah.


KeMunCuLaN enTiTi TiDaK DiKENaLi...!!!!


1. Hantu Budak Cina Tol Plaza

Ini ialah gambar yang diimbas dari sebuah akhbar cina tempatan sekitar tahun 2007/2008. Kami tidak pasti sama ada akhbar ini menyedari tetang imej kanak-kanak yang berbaju biru dan berseluar putih di bahagian atas bod hijau di sebelah kanan gambar. Gambar ini dikatakan ditangkap selepas sebuah kemalangan bas sekolah di sebuah plaza tol yang meragut nyawa pemandunya.

2. Hantu Kereta Remuk

Gambar ini khabarnya diambil secara tidak sengaja oleh rakan pemandu kereta kemalangan yang singgah untuk melihat keretanya. Pemandu telah dihantar ke hospital dan tiada orang di dalam kereta, tetapi ketika rakan tadi melihat gambar, terlihat jelmaan perempuan bertudung dalam kereta tersebut. Kejadian dikatakan berlaku di Lebuhraya AMJ Melaka.
 
3. Batu Nisan Mejenguk Di Tingkap
 
Gambar asal dipaparkan di ondscene.my, perhatikan jelmaan batu nisan di tingkap. Gambar ini dikatakan diambil di tempat seram terkenal, Highland Towers.

4. Tiga Lembaga Di Lokasi Kawasan Kemalangan

Gambar ini menjadi terkenal kerana disiarkan di akhbar Kosmo. Terdapat imej 3 makhluk dalam gambar yang dirakam oleh pekerja trak tunda di kawasan kemalangan yang melibatkan sebuah kereta BMW di Jalan Kuantan-Gambang pada 17 Jun tahun lepas. Bagaimanapun keempat-empat mangsa kemalangan hanya cedera ringan walaupun kereta itu remuk dan melekat pada sebatang pokok.

5. Jelman Di Balai Polis Tinggal

Gambar ini dirakamkan di sebuah balai polis tinggal di sekitar lebuhraya Karak oleh kumpulan penyiasat paranormal tempatan. Tidak ada maklumat lanjut berkenaan gambar ini.

6. Lembaga Putih Memegang Batu Nisan

Imej ini sememangnya terkenal sejak zaman awal Internet Malaysia sekitar tahun 1997. Dikatakan diambil oleh seorang pelajar UiTM Lendu, Melaka, menggunakan kamera berfilem. Lembaga ini muncul di bahagian tepi, sebenarnya pelajar ini bersama kawan-kawannya ingin mengambil gambar rakan yang berdiri di tepi bahu jalan, pada waktu lewat petang selepas pulang dari bersiar-siar di bandar Melaka.

7. Pocong Di Kawasan Kilang
 
Gambar ini dikatakan diambil di kawasan tempat letak kereta di sebuah kilang oleh pengawal keselamatan sekitar lewat malam. Dia pada mulanya mendengar bunyi dentuman, lantas pergi ke kawasan tersebut, dan sempat merakamkan apa yang dilihatnya menggunakan kamera telefon bimbit.

8. Imej Ketiga Yang Sepatutnya Tiada

Gambar ini juga terkenal kerana di siarkan di akhbar Kosmo. Terdapat imej ketiga di bahagian kanan gambar yang sepatutnya tidak wujud.

9. Jelmaan Wanita India Dalam Cermin

Gambar ini dikatakan diambil di sebuah bilik oleh seorang penyewa secara tidak sengaja dalam sebuah resort di Pahang, dan disiarkan di akhbar tempatan. Mengikut khabar, terdapat seorang wanita India yang pernah mati dibunuh di bilik yang sama sekitar 90′an. Betul atau tidak, Wallahu’alam.

10. Wanita Kebaya Merah

Cerita berkenaan wanita kebaya merah ini memang popular di kawasan utara dan dikatakan telah menyebabkan berlaku beberapa buah kemalangan. Gambar ini juga disiarkan di akhbar Kosmo. Jelmaan itu muncul dalam gambar yang diambil oleh seorang lelaki untuk memotret isterinya di sebuah stesen minyak di bahagian Utara Semenanjung.