1)Tidak Perlu Mencuci
Kalau anda kebiasaan mencuci rambut setiap hari, ubahlah kebiasaan ini.
Sebagai wanita bertudung , tidak sesuai anda mencuci rambut setiap hari.
Keadaan ini akan menjadi lebih teruk jika anda jika anda suka mencuci rambut
pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja. Tidak kira bagaimanapun kadar
kepanjangan rambut anda, ia tetap memerlukan masa yang lama untuk betul-betul
kering sebelum mengenakan tudung. Walaupun anda menggunakan pengering rambut,
rambut tetap tidak akan kering dengan sempurna secara menyeluruh.
2) Pilih Kain Tudung Berfabrik Lembut
Kalau anda berkerja dari jam 9 hingga 5, bayangkan berapa lama anda harus
menutup rambut anda dengan tudung. Oleh itu, jangan lupa memilih fabrik lembut
untuk pemilihan tudung anda. Kini, fabrik bawal adalah pilihan paling popular.
Elakkan memilih fabrik kapas. Kain tudung yang memerangkap haba tidak baik
untuk keadaan kulit kepala dan rambut anda.
3) Sentiasa Merawat Rambut
Sebulan sekali, periksa jika ada sel rambut mati atau hujung rambut yang
terbelah. Jika anda membiarkannya, rambut akan menjadi lebih mudah gugur kerana
tidak dirawat. Tidak hairanlah ramai wanita merungut rambut mereka yang lebat
satu ketika dulu makin menipis hari demi hari. Ini semua kerana tindakan mereka
yang tidak mahu menjaga kualiti rambut.
4) Atasi Masalah Rambut Jika Ada
Apapun masalah anda, jangan pandang remeh dan berharap ia akan hilang dengan
sendirinya. Kalau anda tidak punyai kos yang cukup untuk mendapatkan rawatan di
salun terkemuka, anda boleh mendapatkan nasihat dari pakar farmasi untuk syampu
yang sesuai dengan anda, Perlu diingat, masalah pada rambut kadangkala bukan
disebabkan oleh cara anda menjaga dan mengendalikanya sahaja, Bahkan ia mungkin
disebabkan oleh penyakit lain. Masalah ini tidak akan selesai dengan sendirinya
jika anda tidak mencari penyelesaianya.
5) Berehat Dahulu Sebelum Membersihkan Diri
Sebaik sahaja sampai di rumah selepas bekerja mahupun dari beriadah,
teruslah membuka tudung dan biarkan kulit kepala bernafas terlebih dahulu.
berehatlah seketika dalam masa setengah jam sehingga peluh di tubuh dan kulit
kepala anda benar-benar kering. Sebaiknya bukalah ikatan rambut anda dan
biarkan angin meresap ke seluruh kulit kepala. Jangan pula membiarkan rambut
terus bertudung atau jangan pula terus mandi sebaik sahaja sampai di rumah.
No comments:
Post a Comment