Banyak cerita yang membabitkan kisah villa ni. Ada 6
versi semuanya. Tak dapat nak dipastikan mana satu yang betul tapi aku lebih
suka ambik kisah yang paling last sekali. Apa-apa pun kita ikuti kisah-kisahnya
satu per satu.
Versi #1
Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan
bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu
tinggallah anak diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal
mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya
disimen di satu kawasan rumah tersebut. Kisah ni paling lemah untuk kita
percaya sebab tak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibunuh dengan kejam oleh
orang gajinya.
Versi #2
Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu
hari, banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam. Banglo tersebut dibiarkan
tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun.
Versi #3
Keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dirogol lalu
dibunuh dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah
tersebut.
Versi #4
Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya.
Tapi pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada
dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri.
Pendek kata, keempat-empat versi cerita ni agak lemah
tanpa ayat-ayat fakta yang dapat menyokong kesahihan kisah Villa Nabila. Kita
baca pula versi yang seterusnya.
Versi #5
Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena
nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa
tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang
adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah dapat
tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang
lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai
wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua
orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah
tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras,
lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap
dengan sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut
dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang.
Berdasarkan versi ke-5 ni adalah juga logiknya sikit.
Menurut orang yang pernah ke jalan Strait View di mana lokasi villa ni berada,
terdapat pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki
bukit tersebut. Menurut cerita seorang lagi ahli forum Cari, maknya pernah
bagitau yang villa tu dah ada kat situ sejak tahun 60-an lagi. Villa tu
sangatlah cantik pada masa tu. Kemudian sekitar tahun 80-an villa tersebut jadi
tempat yang happening yang sering dikunjungi ramai orang berada termasuklah mat-mat
salleh. Kemudian sekitar tahun 90-an villa tersebut mula kosong. Start dari
situlah mulanya kisah-kisah misteri yang diceritakan orang dari mulut ke mulut.
Biasalah, bila dah cerita tu mesti ada orang yang akan tambah gula sikit, garam
sikit nak bagi cerita lagi best. Itu yang jadi macam-macam versi sekarang ni.
No comments:
Post a Comment