Gambar ini diambil di Kampung Mengkarak, Bera, Pahang. Pengirim berkata, ketika gambar diambil memang tiada entiti tersebut bersebelahan kanak-kanak.
"Koi dapat gambo ni dari seorang rodong Kampong koi di dalam daeroh Bera ni,dia cakap semasa gambo ni ditangkap memang takde pun perempuan/kanak2 baju putih tu sedang berjalan kat situ, masa tu dah nak senja, budak kecik yang mencangkung tu demam pada malam tu..wallahualam..perhatikan kaki nye seperti tak jijak ke bumi..aokme nilaikan lah..wallahualam"
kanak-tersebut seperti terlihat entiti muncul ke arahnya |
Luangkan sedikit masa anda untuk renung gambar ini. Memang kaki dia tidak jejak ke tanah. Muka pun tidak nampak dan nampak seperti berjalan membelakangkan kamera menuju kearah kanak-kanak tersebut. Gambar diambil ketika waktu senja. Orang tua-tua kata, waktu-waktu senja begini memang banyak makhluk halus berkeliaran.
Saya serahkan kepada pembaca yang bijaksana untuk menilaikannya.
No comments:
Post a Comment