BaNNeR

Banner created with MyBannerMaker.com

Thursday, October 4, 2012

PeTua BaGaiMaNa MeRaWaT KuLiT MuKa YanG KeRinG



Jika kita menghadapi masalah kulit muka berminyak, ia menampakkan wajah yang kusam. Samalah juga seperti kulit muka yang kering, ia akan mendatangkan ketidakselesaan terhadap individu tersebut. Ada kalanya, penggunaan krim pelembab wajaah turut tidak berkesan. Di sini terdapat petua bagaimana merawat kulit muka yang kering.
Menggunakan Kulit Telur
Kumpul, bersihkan dan jemur beberapa biji kulit telur. Selepas dijemur kering, tumbuk atau kisarkan kulit tu sampai menjadi serbuk halus. Lagi halus lagi bagus., tetapi kalau dah letih nak mengisar tu, pandai-pandailah mengagak setakat mana yang sesuai.
Kemduian bancuh ‘serbuk’ tu dengan air suam dan campurkan pula dengan bedak sejuk. Sapu dan urut ke muka secara perlahan-lahan. Setelah selesai, biarkan selama 20-30 minit atau sehingga ia kering dengan sendiri. Selepas tu barulah dibasuh dengan air suam dan diikuti pula dengan membilas menggunakan air sejuk.
Cuba amalkan sekerap yang mungkin jika mahukan hasilnya dalam jangka waktu yang singkat. InsyaAllah berkesan. Tetapi rasanya kalau sesiapa yang ada alahan atau ‘allergic’ ngan telur tu baik juga minta pendapat pakar yang lebih arif.
Nota Kaki - Setiap petua yang dilakukan mestilah diringi dengan perasaan yakin dan tawakal kepada Allah SWT. Sekiranya kita tidak berdoa dan hanya mengharapkan kepada petua tersebut, ia tidak akan menjadi. Petua-petua seperti ini adalah antara amalan yang diamalkan oleh nenek moyang kita sejak dahulu lagi.

No comments: